Salam para sahabat MEKAR. Kami sangat berbesar hati apabila mendapat tahu bahawa blog ini sering dijadikan rujukan para peminat dan penggiat teater untuk mengetahui apakah teater yang akan dipersembahkan setiap bulan. Untuk itu kami ingin memperbesarkan lagi ruang promosi dengan mempelawa kumpulan-kumpulan teater dari seluruh negara, tak kira kecil atau besar, amatur atau profesional, lama atau baru, menghubungi kami jika mahu persembahan anda dipromosi di blog ini. Ada banyak cara termasuklah email kami di mekarbudaya@yahoo.com atau kalau anda mahu lebih pantas dikemaskini, silalah sms ke nombor 019-345 5928. Berikan info tentang tajuk teater, penganjur, karya dan arahan, tempat, masa, tarikh serta info tiket serta orang yang boleh dihubungi. Sekiranya anda menggunakan email silalah sms atau tinggalkan pesanan di inbox blog ini supaya kami segera memeriksa email dan mengemaskininya.
Nampaknya persembahan teater untuk bulan April agak meriah juga. Seawal minggu pertama sudah ada persembahan dan berterusan hingga ke minggu terakhir. Persembahan sempena manifestasi teater Malaysia membuka tirai teater bulan April dengan kumpulan yang menjuarai festival teater negeri Pahang. Manakala dua buah persembahan anjuran Pusat Kebudayaan UM adalah persembahan projek akhir pelajar yang dinilai. Menarik juga bulan ini naskah Laksamana Do Re Mi karya asal Tan Sri P.Ramlee daripada versi filem akan dipentaskan dalam versi Bangsawan juga sempena program Semarak Bangsawan. Pada tahun ini JKKN & DBKL bersetuju mengenakan tiket sebanyak RM 5.00 berbanding masuk percuma tahun sebelumnya. Kami fikir harga RM5.00 ini sangat murah malah berpatutan dan mampu dibayar oleh semua lapisan penonton. Tak ada salahnya mengeluarkan sejumlah bayaran untuk menonton persembahan yang berkualiti. Jadi, selamat menonton kepada semua.

TEATER: Detik
ANJURAN: Kirana Theatre Production
TARIKH: 3 & 4 April 2010
TEMPAT: Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
TEATER: Ribut
KARYA: Cao Yu
ARAHAN: Rohani Yusof
ANJURAN: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
TARIKH: 3 & 4 April 2010
TEMPAT: Panggung Eksperimen ASWARA
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA
TEATER: Ju & Meo: Cinta Agung Melayu
KARYA: Nur Ahmad
ARAHAN: Nan Megat
ANJURAN: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
TARIKH: 6 & 7 April 2010
TEMPAT: Lambang Sari, Istana Budaya
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM 10
layari http://www.ticket2u.biz/
TALIAN HOTLINE 03 - 41498600
TEATER: Mahkamah Keadilan
KARYA: Taufik Al Hakim
ANJURAN: Fakulti Seni UPSI (Pelajar Minor Teater)
TARIKH: 8 & 9 April 2010
TEMPAT: Panggung Budaya UPSI
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM3 & RM4
layari http://www.mahkamahkeadilan.blogspot.com
TEATER: Bangsawan Laksamana Do Re Mi
ANJURAN: Rumpun Seni Teater Shah Alam (RESAM) dan JKKN & DBKL
TARIKH: 9-11 April 2010
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM 5.00
hubungi 03-2052 3702/3703/3617
TEATER: Assyura
ANJURAN: Pelajar Diploma Tahun Akhir UiTM
TEMPAT: Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka KL
TARIKH: 10 & 11 April 2010
MASA: 8.30 malam
TEATER: Muzikal Teratak Minang
ANJURAN: Global Network Entertainment
TARIKH: 16-18 April 2010
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150.
hubungi Box Office 03-4026 5558 atau
layari www.istanabudaya.gov.my
TEATER: Rumah Lama Kampung Baru
ANJURAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
KARYA & ARAHAN: Lenny Erwan
TARIKH: 23-25 April 2010
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA
TEATER: Makyong SINDU
ANJURAN: Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA)
TARIKH: 23- 25 April 2010
TEMPAT: Panggung Eksperimen ASWARA
MASA: 8.30 malam
TEATER: As-Syura
ANJURAN: AKRAB
TARIKH: 29 & 30 April 2010
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam

1 comments:
saya wakil krew DETIK mengucakpakn terima kasih kepada sesiapa yang datang untuk menonton DETIK..=)
Post a Comment