SALAM SAHABAT MEKAR. SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2011.
Semoga senario teater tanah air akan beranjak ke era lebih matang seiring dengan perkembangan masa. Kepada para penggiat teater di mana saja berada, teruskan semangat memperjuangkan teater. Semoga tamadun bangsa dan negara kita akan turut berkembang dibangunkan oleh kesungguhan kita memartabatkan kesenian yang teratas ini.
Seperti biasa kami terus menyenaraikan persembahan teater yang akan berlangsung sepanjang bulan ini. Setakat ini disenaraikan dua persembahan yang telah dikenalpasti manakala selebihnya akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.
TEATER: Monolog Manusia Kan Manusia
menampilkan lakonan Che Mat Raja Lawak
TARIKH: 18, 19 & 20 Januari 2011
TEMPAT: The Store Theatre DBP
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM10.00
TEATER: Muzikal Tun Mahathir (musim ke-2)
ANJURAN: CTRA PRODUCTION
KARYA: Ismail Kassan
ARAHAN: Rosminah Tahir
TARIKH: 21-30 Januari 2011
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
MASA: 8.30 malam
TIKET: RM32, RM52, RM82, RM102, RM152
layari www.ticket2u.biz dan www.istanabudaya.gov.my

0 comments:
Post a Comment